Q & A

Bersama guru-guru Tadika Sekolah Yayasan Haji Hasanal Bolkiah Brunei DS.

5 – 6 Jun 2023

Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang telah ditanyakan dalam ruangan ‘Chat’. Jika masih ada soalan untuk ditanya sila hantar melalui whatsapp ke +60126452276

Untuk maklumat lanjut sila ke link di bawah

http://www.readnetwork.com/ba.html

Untuk panduan mengajar dan contoh rancangan mengajar sila ke link di bawah

https://readnetwork.com/ptr/sky-panduan-mengajar/

SoalanJawapan

Q1 From Hjh Alenawati Haji Ibrahim :
So kita tidak boleh cakap bunyi huruf semasa mengajar murid?
Daripada segi istilah boleh guna ‘bunyi huruf’ tapi lebih baik guna ‘ini bunyi..’ , ‘bunyi apa ini?’ ‘sebut bunyi..’ , ‘tulis bunyi..’ lebih tepat apabila mengajar kaedah fonik.

Q2 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin:
Tetapi bagaimana jika kita ajar perbendaharaan kata huruf Aa untuk ayam, api, awan dll?
Dalam kaedah fonik, bunyi ‘a’ contohnya dikaitkan dengan bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan yang disebutkan. Yang dikaitkan ialah bunyi, bukan huruf. Guru digalakkan tanya murid binatang apa mula dengan bunyi /a/ , sebut /a/ dan sebut perkataan ‘ayam’,

Q3 From Michelle Yen Lee Jong :
how did you come across to create the sound of each of the letter? u mean by speech sound – talking is that what u mean?
Based on sounds that we produced in bahasa Malaysia, we can relate them to the right letter. Contoh bunyi ‘a’ (/a/) dalam bahasa pertuturan boleh dikaitkan dengan huruf ‘a’ ( /ei/ ). yes when we talk , we are actually saying the speech sounds by blending them to form words .

Q4 From Hjh Alenawati Haji Ibrahim :
Mohon penjelasan Tuan, kenapa some students, mereka dah boleh bunyikan bunyi tunggal tetapi apabila mengabung mereka tidak boleh bunyikan gabungan bunyi contoh ba. Mereka masih bunyi b dan a…persoalannya macamana nak atasi masalah ini..
Gabung bunyi bagi sesetengah kanak2 perlu dilatih secara lisan dahulu, diiikuti dengan guna kad huruf dan akhir secara praktikal. Proses gabung bunyi berlaku dalam otak – kemahiran kognitif di mana otak dilatih menggabung bunyi yang didengar kepada suku kata dan perkataan. Refer teknik gabung-bunyi

Q5 From Hjh Mariam Hj Ladi :
so sight words ni kena hafal lah?
Sight words in English perlu dihafal jika hukum fonik bagi ejaan tersebut belum diajar. Contoh the word ‘one’ perlu diajar guna cara look-and-say. Hanya melibatkan <5% daripada perkataan dalam English

Q6 From Lilawati Awg Naim :
so maknanya kita tidak boleh ajar pembendaharaan kata
Perbendaharaan kata ( vocabulary ) lebih baik diajar melalui aktiviti listening and speaking. Tujuannya ialah untuk murid boleh menyebut perkataan berdasarkan gambar dan contoh maujud tanpa perlu ditunjukkan ejaan perkataan tersebut.

Q7 From Hjh Ernye Maisurah Hj Matdanan:
Assalamualaikum Tuan, adakah lebih baik saranan dari Tuan untuk mengajar Fonik Bahasa Meayu terlebih dahulu daripada Fonik Inggeris? dan dari kajian Tuan berapa lamakah yg paling cepat murid dapat menguasai fonik secara menyeluruh?
Disarankan ajar fonik dalam Bahasa Melayu dahulu kerana lebih senang . Bunyi lebih sedikit dan satu bunyi diwakili oleh satu simbol/huruf sahaja. Bunyi dalam English lebih banyak ( 44 ) tetapi simbol/ejaan lebih banyak. Yang penting kemahiran menggabung bunyi yang diajar dalam BM boleh digunakan membaca English , lebih-lebih lagi 21 huruf bunyinya sama.

Secara keseluruhannya, bagi kanak2 5 – 6 tahun, kemahiran gabung bunyi boleh dikuasai dalam masa 2 minggu – 1 bulan , untuk membaca dalam BM sehingga diftong bergantung kepada umur. Kami menetapkan kanak2 5 tahun di tadika boleh menghabiskannya dalam 5-6 bulan. Jika ada sokongan ibubapa di rumah boleh habis dalam 3-4 bulan

Q8 From Hjh Mariam Hj Ladi :
aksi ni bolehkah kita cipta sendiri atau ada standard aksi yang perlu diikut?
Aksi asosiasi boleh reka sendiri , apa yang kami cadangkan berdasarkan pengalaman dan kesesuaian yang terbukti berkesan. Pastikan satu aksi untuk satu bunyi sahaja.

Q9 From Norislam Hj bakar :
j bukan jalan jengket2 ?

From Norislam Hj bakar :
aksi jalan jengket jengket utk J

Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin :
Puan Nik aksi mana yang boleh digunakan seperti bunyi a di sekolah kita gunakan seolah ayam mematuk tangan makan
aksi jengkek2 itu kami guna dalam lagu Abu Ada Ayam. Aksi terakhir yang kami kongsikan ialah j-robik – senaman sambil sebut jjjjj

Begitu juga dengan ‘a’ . Dalam lagu aksinya patuk tangan , tetapi di dalam kelas dicadangkan buat aksi menjerit terkena panas.

Q10 From Salina Santhy Abu Bakar :
cikgu dlu aksi feri tu lain so mcmana kena tukar kh ni?
Boleh guna yang dulu , boleh juga guna yang sekarang. (:

Q11 From Nur Amalina Hasanah Mohammad Jamil :
do we tell the children wheter the sound is a soft or hard sound? kena baigtau bunyi keras kah lembut?
Not needed. What is more important is teacher must model and show the mouth position and say the sound clearly so that they can imitate you. For example bila ajar bunyi /b/ you must show that your lips are put firmly together, whereas bunyi /p/ just put the lips together slightly.

Q12 From Hjh Alenawati Haji Ibrahim:
Setiap tahun adakah aksi asosiasi itu sentiasa ada perubahan iaitu diperbaharui…? Dan adakah dibolehkan jika aksi asosiasi itu mengunakan aksi dalam lagu abu ada ayam..
Aksi yang diajar dalam kursus dah lama tidak berubah sejak lebih 10 tahun yang lalu. Tapi kami mengalu-alukan inovasi guru untuk guna aksi lain selagi aksi itu releven , ada pergerakan motor kasar dan bunyi yang munasabah.

Aksi dalam lagu biasanya kami gunakan untuk kanak-kanak taska dan sebagai selingan untuk kanak-kanak tadika

16:27:08 From Lilawati Awg Naim :
Bolehkan kah kita samakan aksi dengan lagu untuk standardize khususnya di tadika?
Boleh dan digalakkan supaya standardize supaya mereka tidak tertukar dengan bunyi dan simbol lain

Q13 From Siti Umairah Haji Awang to Readnetwork – Admin(Direct Message):
just for info, in Brunei the letter t we use yang ada ekor
Ya, tidak ada masalah.

Q14 From Michelle Yen Lee Jong ):
how do you (teach?) the slow student?
Through multisensory activities. Guna teknik asosiasi untuk belajar bunyi. Sentuh huruf berpasir, main plastisin, tulis guna jari untuk belajar simbol

Q15 From NUR SYAFIQAH AQILAH SAWAL:
Cikgu Othman, di dalam buku Read Easy (beginner level) buku nombor berapakah yang sesuai untuk umur 4 tahun kebawah?
Untuk 4 tahun ke bawah , boleh rujuk bunyi2 dalam RE Beginner Book 1 – 8 untuk mengajar bunyi sahaja untuk tujuan kesedaran fonik ( phonics awareness) melatih mereka sebut bunyi melalui aktiviti bermain dan sensori. To prepare them for formal reading later.

Q16 From Hjh Alenawati Haji Ibrahim :
Pada pendapat Tuan…bagaimana nak atasi masalah murid-murid yang tidak fokus semasa guru mengajar…walaupun guru telah mengunakan teknik mengajar yang telah disenaraikan tadi..
Sekali lagi , pastikan Pnp dibuat dengan aktiviti yang melibatkan pelajar, menyeronokkan, praktikal dan sambil bermain. Buat dalam bentuk pertandingan dengan hadiah2 menarik. Contohnya bila ajar bunyi /n/ buat aktiviti bawa kereta dalam kelas atau pertandingan lumba kereta di mana kanak-kanak berlari sambil menyebut bunyi /n/ dengan membaca steering kereta yang ada huruf ‘n’ ke destinasi yang tertera huruf ‘n’…ini boleh mengekalkan fokus kanak2

Q17 From Hjh Alenawati Haji Ibrahim:
Mungkin ada cadangan aktiviti yang lain dari yang telah disenaraikan..?
Boleh rujuk buku permainan kreatif

https://readnetwork.easy.co/collections/bacalah-anakku/products/permainan-kreatif-bacalah-anakku

Q18 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin :
Bagaimana cara untuk mendapatkan buku rancangan mengajar
boleh dapatkan di Shopee

https://shopee.com.my/Rancangan-Mengajar-Bacalah-Anakku-i.337682183.3762696266?sp_atk=80c7a7f5-f85a-41e6-9c64-1e7dd59fa870&xptdk=80c7a7f5-f85a-41e6-9c64-1e7dd59fa870

Q19 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin :
di sekolah juga ada mengajarkan kaedah Jolly phonics dlm mata pelajaran language. Adakah boleh diajarakn serentak pada masa kaedah fonik diajarkan kpd murid-murid?
Yes boleh sebab Jolly phonics mengamalkan pendekatan fonik juga. Jadi ianya serasi dengan kaedah fonik gabung bunyi yang diajar dalam Bahasa Melayu. Jika Jolly phonics diguna untuk English, cara membaca masih sama – menggabung bunyi dan terdapat 21 bunyi yang simbolnya sama dalam kedua-dua bahasa

Q20 From Nur Amalina Hasanah :
dalam buku 1, kadang kadang kanak kanak akan membaca a+n+i (dia gabungkan bunyi satu per satu) instead of a+ni, diambil betul kah salah cara mereka membaca tu?
Konsep gabung bunyi ialah menggabungkan bunyi satu persatu. Itulah cara yang terbaik sesuai dengan bahasa Inggeris juga bila menggabung c-a-t menjadi cat. Cuma dalam BM, dari segi laras bahasa yang terbina daripada suku kata, lebih senang menggabung dua bunyi dahulu dan dua bunyi lagi atau 3 bunyi ( akhiran ) Asasnya bila membaca , gabung terus..

Q21 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin :
bagaimana cara mengatasi murid-murid yang masih belum boleh menggabung
Cuba ikut langkah mengajar gabung bunyi
1. buat secara lisan dahulu ( rewiring the brain )
2. diikuti tunjuk guna kad ( huruf sebagai petunjuk )
3. murid buat aktiviti praktikal gabung bunyi ( hands-on )

Q22 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin :
Bagaimana cara membuat penilaian bacaan murid-murid dengan betul dan tepat? atau perlukan diadakan penilaian bagi murid-murid di pra sekolah contoh untuk penilaian akhir tahun
Penilaian boleh dibuat berdasarkan tahap penguasaan berikut:
1. Boleh sebut  bunyi yang telah diajar
2. Kenal simbol yang dikaitkan dengan  bunyi
3. Boleh gabung bunyi secara lisan
4. Boleh gabung bunyi guna kad
5. Menggabung bunyi tanpa bimbingan atau dengan bimbingan minimum
6. Membaca teks dengan bimbingan
7. Membaca tanpa bimbingan

Kanak2 dianggap ‘telah menguasai’ sekiranya mereka mencapai tahap 5 di atas. Biasanya boleh dikuasai seawal dalam tempoh 2 minggu atau purata kanak-kanak 5-6 tahun hingga 1 bulan berdasarkan kelas 4x seminggu

Penilaian akhir juga boleh dibuat berdasarkan objektif pencapaian
5 tahun – menguasai sehingga buku 6 pada bulan Julai
6 tahun – tamat sehingga buku 8 pada bulan Ogos

Q23 From Hjh Mariam Hj Ladi :
umor berapa sesuai baca buku 8?
Bergantung kepada progres membaca mereka, kanak seawal usia 4 tahun boleh membaca sehingga buku 8. Sekiranya mereka ada bahasa, lebih mudah bagi mereka, dan lebih baik untuk kefahaman mereka.

Q24 From Nur Amalina Hasanah :
adakah kanak kanak mesti kenal semua bunyi sebelum mengajar gabungan atau pun bunyi dalam buku 1 sudah cukup?
Ikut susunan buku. Dalam buku 1, setelah mengajar 3 bunyi vokal dan 1 konsonan, kita boleh latih mereka gabung bunyi. Ataupun boleh ajar bunyi sahaja dahulu di dalam buku 1 ( 5 bunyi ) selepas itu barulah menggabung bunyi. Proses kemahiran gabung bunyi diajar berterusan sehingga buku 2 dan buku 3. Jika langkah mengajar dituruti dengan baik biasanya kanak-kanak 5-6 tahun boleh menggabung bunyi tanpa bimbingan seawal memasuki buku 3….