Pengedar Utama
Bacalah Anakku dan 
ReadEasy
SPESIFIKISASI KURSUS

Tempoh
Satu hari  

Masa
8.30 pagi - 5.00 petang

Sesuai untuk
Guru prasekolah, guru sekolah
rendah, guru pemulihan dan ibu
bapa pelajar bermasalah

Disertakan
Fail dan lampiran , bahan untuk
bengkel, sijil penyertaan

Harga
RM 3500.00  ( negotiable ) untuk
60 orang pertama   ( untuk
penganjur )
RM 150.00 seorang peserta ( jika
dianjurkan oleh ReadNetwork )

KANDUNGAN KURSUS

Tajuk 1  - Mengenai kaedah fonik
Peserta akan didedahkan bagaimana kaedah
fonik dapat membantu kanak-kanak
membaca dan kebaikannya dalam
meningkatkan literasi pada usia awal.

Tajuk 2 - Pelaksanaan di tadika dan sekolah
Peserta dapat berbincang bagaimana kaedah
ini dapat dilaksanakan di tadika dan sekolah
dan pendekatan yang sesuai dengan sistem
pendidikan sekarang

Latihan 1 - Sebut bunyi
Peserta akan berlatih cara menyebut
bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dengan
betul

Latihan 2 - Nyanyi lagu
Peserta akan menyanyi lagu fonik yang
disertakan dengan bunyi yang sesuai untuk
belajar bunyi.

Latihan 3 - Teknik mengajar
Peserta akan dilatih secara praktikal
mengenai langkah-langkah asas mengajar
bunyi, mengajar simbol dan menggabung
bunyi secara terperinci dan sistematik

Aktiviti 1 - Aksi asosiasi
Peserta akan dilatih teknik asosiasi yang
menggabungkan aksi dan bunyi yang diajar
dan cadangan aktiviti dalam kelas yang boleh
dibuat supaya pengajaran menjadi lebih
berkesan dan bermakna

Aktiviti 2 - Bermain sambil belajar
Peserta akan diberi peluang untuk mencuba
beberapa bentuk permainan sambil belajar
untuk mengajar bunyi, gabung bunyi dan
membaca perkataan.

Aktiviti 3 - Sesi kraftangan
Peserta akan membuat dua alat bantu
mengajar yang sesuai untuk mengajar
membaca iaitu   kad tarik dan carta poket.

ATURCARA KURSUS

8.00 pagi
Pendaftaran peserta

8.30
Tajuk 1- Mengenai fonik

9.30
Latihan 1 - Sebut bunyi
Aktiviti 1- Latihan Aksi Asosiasi

10.00
Rehat pagi

10.30
Latihan 3 - Teknik Mengajar -
Mengajar bunyi dan simbol Latihan
2 - Nyanyi lagu
Aktiviti 2 - Bermain sambil belajar -
mengenal bunyi

1.00
Rehat tengahari

2.30 ptg
Latihan 3 - Teknik Mengajar -
Menggabung bunyi Aktiviti
3 - Sesi kraftangan
Aktiviti 2 - Bermain sambil belajar -
gabung bunyi dan bina perkataaan

4.00 ptg
Tajuk 2 - Cadangan pelaksanaan

4.30 ptg
Penyampaian sijil dan hadiah

5.00  Bersurai
KURSUS INTENSIF
READEASY
Readeasy Reading Seris mula diperkenalkan pada tahun 2001 juga oleh pasangan suami isteri , Othman Ahamad dan Nik Eliani Nik Nawi, yang juga merupakan bekas guru bahasa Inggeris yang terlatih.

Siri ini turut mengandungi 8 buah buku yang telah disusun berdasarkan kaedah fonik ‘synthetic’ untuk mengajar kanak-kanak membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun. Siri ini telah membolehkan kanak-kanak yang telah belajar kaedah fonik dalam bahasa Melayu membaca dalam bahasa Inggeris dengan mudah pada peringkat Beginner Level dan Intermediate Level. Sekiranya mereka dapat menamatkan Advanced Level, keupayaan mereka membaca setara dengan kanak-kanak yang berusia 11-12 tahun jika tidak lebih baik.

Kini siri ini telah dilengkapi dengan bahan-bahan pendidikan yang berkaitan seperti Buku aktiviti,  Set Cory Cat Song,   Carta Bunyi dan Poster Bacaan.

FAKTA BERKAITAN


ReadEasy disusun berdasarkan kaedah ‘Synthetic phonics’ iaitu kaedah membaca fonik yang digunapakai di England (2007) Brunei ( 2009 ) dan juga di Malaysia ( 2011) dan semakin popular sekarang ini.

Kajian-kajian terkini dengan teknologi moden sekarang telah banyak membuktikan bahawa otak kanak-kanak membaca berdasarkan kaedah fonik.

Penulis siri ReadEasy, iaitu Pn Nik Eliani dan En Othman, adalah perunding fonik bagi penulisan buku teks English Year 1 dan 2 , yang menjadi asas kepada kemahiran membaca bagi kanak-kanak Tahun 1 dan 2 di Malaysia.

Kanak-kanak yang tamat Intermediate Level sekurang-kurangnya boleh membaca teks setara dengan English Year 1 dan yang tamat Advanced Level boleh membaca teks yang setara dengan English Year 2.
MENGENAI READEASY
[Kursus Intensif Bacalah Anakku] [Kursus Intensif ReadEasy] [Kursus Asas ReadEasy & Bacalah Anakku] [Taklimat dan Bengkel]
Untitled Page