KANDUNGAN KURSUS
Tajuk 1 - Mengenai kaedah fonik
Peserta akan didedahkan bagaimana kaedah
fonik dapat membantu kanak-kanak
membaca dan kebaikannya dalam
meningkatkan literasi pada usia awal.
Tajuk 2 - Pelaksanaan di tadika dan sekolah
Peserta dapat berbincang bagaimana kaedah
ini dapat dilaksanakan di tadika dan sekolah
dan pendekatan yang sesuai dengan sistem
pendidikan sekarang
Latihan 1 - Sebut bunyi
Peserta akan berlatih cara menyebut
bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu dengan
betul
Latihan 2 - Nyanyi lagu
Peserta akan menyanyi lagu fonik yang
disertakan dengan bunyi yang sesuai untuk
belajar bunyi.
Latihan 3 - Teknik mengajar
Peserta akan dilatih secara praktikal
mengenai langkah-langkah asas mengajar
bunyi, mengajar simbol dan menggabung
bunyi secara terperinci dan sistematik
Aktiviti 1 - Aksi asosiasi
Peserta akan dilatih teknik asosiasi yang
menggabungkan aksi dan bunyi yang diajar
dan cadangan aktiviti dalam kelas yang boleh
dibuat supaya pengajaran menjadi lebih
berkesan dan bermakna
Aktiviti 2 - Bermain sambil belajar
Peserta akan diberi peluang untuk mencuba
beberapa bentuk permainan sambil belajar
untuk mengajar bunyi, gabung bunyi dan
membaca perkataan.
Aktiviti 3 - Sesi kraftangan
Peserta akan membuat dua alat bantu
mengajar yang sesuai untuk mengajar
membaca iaitu kad tarik dan carta poket.