Disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi (synthetic phonics) sesuai dengan cara otak membaca
Siri Cepat Membaca
Untuk bahasa Melayu. Diterbitkan pada tahun 1996. Disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi. Sangat sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 4 tahun. Paling berkesan untuk 5 - 6 tahun. Lebih baik untuk membantu murid pemulihan membaca dengan lebih senang.
Phonics Reading Series>
Untuk bahasa Inggeris. Diterbitkan pada tahun 2001. Disusun berdasarkan kaedah fonik gabung-bunyi ( synthetics phonics). Membaca dengan cepat dan lancar. Terbahagi kepada 3 level – Beginner’s, Intermediate dan Advanced.
Nak tahu cara sebut bunyi dengan betul? Nak tahu pendekatan dan strategi kami dalam mengajar membaca berdasarkan kaedah fonik? Panduan asas untuk ibu bapa dan guru yang prihatin.
Nak anak pandai membaca ? Atau anak masih tak dapat membaca? Sudah Tahun 3 masih lambat? Cari kelas membaca kami berdekatan anda. Hubungi guru-guru kami bertauliah di pusat-pusat membaca kami yang sah.
Ingin membuka kelas-kelas membaca yang sah menggunakan Bacalah Anakku dan Readeasy? Sertai kami memberi peluang kepada anak-anak bermasalah membaca supaya dapat membaca dengan kaedah yang senang. Kami menawarkan program lisensing phonicsmart yang menarik.
Projek PTR ini bertujuan untuk membantu murid sekolah rendah KPM yang tercicir dalam membaca dengan memperkasakan guru sekolah dengan kaedah fonik. Hubungi kami untuk dapatkan maklumat bagaimana kami dapat membantu anda membantu murid-murid sekolah anda yang masih tidak dapat membaca.
Masih belum faham mengenai kaedah fonik? Beberapa jawapan di bawah boleh membantu anda.
Kaedah fonik tak perlu tahu ABC ?
Ya. Untuk membaca kanak-kanak tidak perlu tahu nama huruf seperti ‘a = /ei/’ tetapi memadai hanya tahu bunyi ‘a -/aa/ ‘ kerana perkataan terbina daripada bunyi jadi bunyi lebih bermakna untuk diajar.
Bagaimana mereka membaca kalau tak ajar ABC?
Tiada masalah. Bila mereka tahu bunyi, mereka akan diajar gabung bunyi untuk membaca. Dengan menggabung bunyi perkataan dapat dibaca secara automatik . Itulah fitrah atau cara otak membaca dan kita mula berbahasa.
Anak fonik tak kenal huruf?
Mestilah mereka akan kenal huruf kerana bunyi yang diajar boleh diwakili oleh huruf atau simbol atau alfabet atau abjad … contoh bunyi /a/ akan diwakili oleh huruf 'a'...jadi mereka kenallah huruf 'a' itu mewakili bunyi yang diajarkan. Mereka akan tahu bunyi dan kenal simbol. Cuma mereka tidak perlu tahu 'nama huruf'
Bolehke mereka menulis
Sudah tentu boleh kerana selepas diperkenalkan bunyi , mereka akan ditunjukkan huruf. Mereka akan diajar menulis huruf dan gabungan huruf-huruf sambil mereka membaca nanti. Sesetengah kanak-kanak boleh menulis sendiri, sesetengah perlu ditunjuk ajar sikit.>
Boleh ajar BM dan BI juga?
Ya telah terbukti , dengan satu kaedah mereka boleh membaca dalam BM dan BI kerana perkataan dalam kedua-dua bahasa terbina daripada bunyi . Oleh itu dengan menggunakan kaedah yang sama – dengan menggabung bunyi - mereka dengan senang membaca dalam kedua-dua bahasa. 2 dalam 1.
Don't hesitate to contact us