Sila baca syarat mengikuti kursus sebelum anda mendaftar.
Syarat dan Peraturan Kursus Intermediate & Advanced
Hanya penyertaan penuh dan ON video sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
Sekira berhasrat membuka kelas membaca anda wajib memohon menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork supaya dapat menggunakan jenama dan buku kami dengan sah. Layari www.phonicsmart.com.my untuk maklumat lanjut.
Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada kelalaian dan masalah peserta – seperti tersilap tarikh, terlupa hari, tidak klik link info yang diberikan, tidak sempat sebab ada kerja lain, ada tetamu datang, ada meeting , masalah keluarga, masalah internet , dan seumpamanya – tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan kerana tempat anda tidak dapat diganti oleh orang lain.
Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
Semua idea dan teknik mengajar yang dikongsi di dalam kursus ini adalah hak intelektual Readnetwork dan penulis buku. Tidak dibenarkan digunapakai untuk tujuan selain mengajar anak dan murid di tadika dan sekolah sahaja.
Mana-mana peserta yang tertinggal sebahagian daripada sesi kursus boleh memohon untuk melihat rakaman atas budi bicara penganjur.
Pihak penganjur tidak bertangggungjawap untuk mengingatkan peserta selepas link info kursus diberikan.