Q & A
Bersama guru-guru Tadika Sekolah Yayasan Haji Hasanal Bolkiah Brunei DS.
QA pada 26-27 Ogos 2024
Berikut adalah jawapan kepada soalan-soalan yang telah ditanyakan dalam ruangan ‘Chat’. Jika masih ada soalan untuk ditanya sila hantar melalui whatsapp ke +60126452276
Untuk maklumat lanjut sila ke link di bawah
http://www.readnetwork.com/re.html
Soalan | Jawapan |
Q1 From Salina Santhy Binti Abu Bakar@ Bakrin: tapi tuan, dalam term plan subjek English Literasi kami ada menyentuh kena ajar mengenal bunyi dan nama huruf | Dicadangkan supaya nama huruf diajar kemudian selepas murid sudah lancar membaca menggunakan kaedah fonik |
Q2 Michelle Jong Yen Lee : how do you teach students number words?example number word one to twenty tapi pelajaran ada mengenal nombor dan ejaan dalam matematik tuan.. | Dicadangkan supaya dalam subjek matematik, hanya simbol nombor ( contoh #1) sahaja diperkenalkan terlebih dahulu bukan ejaan (contoh ‘one’ ). Jika perlu diajar dalam subjek English, perkataan seperti one, two, eight, perlu diajar dengan kaedah ‘look and say’, three, four , five , six, seven, nine , ten boleh diajar melalui kaedah fonik secara berperingkat. |
Q3 Salina Santhy Binti Abu Bakar@ Bakrin : missal kanak2 boleh eja tapi ejaan salah tp bunyi betul macamana nak buat penilaian?ai laik kekdis is a bol, 1) pepol -people 2) shugre – sugar 3) importen – important 4) gras – grass | Berdasarkan pengalaman kami jika kanak2 tidak ada bahasa Inggeris kemungkinan besar mereka menulis perkataan itu dalam konteks bahasa Melayu. Maklumkan awal sebelum mereka menulis dengan memberi tahu ‘This is English’. Sekiranya mereka telah diajar dan dilatih bentuk ejaan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan tersebut, insyaAllah mereka akan tulis dalam konteks bahasa Inggeris. |
Q4 From afham.abu@syayasan.edu.bn : Children reach primary level facing new vocabulary. How does phonetics help children in pronouncing words such as though, rough, thorough, bough?to what age group is phonics effective? is it just for kindy level or still effective for Primary level (8-10 y/o) for children who are in Primary level and still have low literacy skills. | the spelling ‘ough’ boleh mewakili beberapa bunyi di dalam bahasa Inggeris – ini adalah level advanced. oleh itu bacaan perkataan tersebut mesti dibuat secara perbandingan. Murid akan dapat membaca dengan betul jika mereka ada bahasa Inggeris dan akan buat silap jika mereka tidak ada bahasa. Pastikan mereka faham konsep membaca secara gabung bunyi dahulu dan barulah memperkenalkan bunyi dengan ejaan yang pelbagai secara berperingkat. |
Q5 From Dk Ernie Mariani Pg Hj Bidin : if they are still weak in blending, can they move on to new book? because some parents insist their child move to new book. then student end up struggle reading | As you start to teach blending, pastikan guru ikut cadangan2 dalam 3 langkah asas gabung bunyi. Pada peringkat awal mereka akan menggabung dengan bimbingan guru, guru tidak perlu tunggu lancar baru naik ke buku baru. Teruskan aktiviti gabung bunyi dengan bunyi baru supaya mereka dapat menggabung bunyi ke tahap independent. Oleh sebab itu mula gabung dengan beberapa bunyi sahaja dahulu. |
Q6 NUR SYAFIQAH AQILAH BINTI SAWAL : puan nick, mengenai manipulation. Dari video tu, macam mana nak bezakan sounds ‘t-o’ dengan sight word ‘to’? Adakah kita kena bagitahu ‘to’ tu sight word? | as sight word, ‘to’ diajar melalui kaedah ‘look and say’ ?/tu:/. dalam ReadEasy perkataan itu berwarna biru. So ikut cara guru baca tanpa menggabungkan bunyinya. |