Bengkel Percuma – Panduan Pelaksanaan
Terima kasih kerana telah membeli buku Bacalah Anakku / Readeasy untuk mengajar anak murid anda membaca. Sebagai menghargai pembelian anda dan untuk membantu anda memulakan pengajaran anda di sekolah dan tadika dengan menggunakan cara yang betul , kami menawarkan sesi panduan percuma – Panduan Pelaksanaan untuk guru-guru yang berminat untuk mengikutinya – kini secara online.
Apa yang akan anda pelajari:
Melalui bengkel panduan ini anda akan diperkenalkan kepada kaedah fonik – apa itu phonics dan ciri-cirinya, pendekatan dan strategi mengajar yang berkesan di sekolah dan di tadika , teknik mengajar asas, dan panduan pelaksanaan yang berkesan.
Syarat Kelayakan Pendaftaran Kursus
- Telah membeli product kami dari pengedar yang sah di kedai atau secara online
- Mempunyai salinan resit yang sah ( perlu dimuatnaik salinannya )
- Mendaftar melalui borang di bawah
Kursus Intensif Bacalah Anakku & Readeasy
Anda juga boleh mengikuti kursus intensif ( berbayar ) kami sebagaimana berikut dengan diskaun RM20 daripada harga asal yang akan dibayar balik melalui akaun bank anda:
- Kursus Intensif Bacalah Anakku –Sept 7, 2024