Apa itu Kaedah Fonetik atau Fonik ?


Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris ‘Phonetics’ yang bermaksud ‘the study of speech
sounds and how they are produced’ (Oxford Advanced Learners Dictionary).

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang
disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan ‘ani’, kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/
/i/ dengan cepat. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan ‘cat’ terdiri
daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah
gabungan bunyi-bunyi yang terdapat di dalam perkataan tersebut.
            Bunyi-bunyi ini pula boleh dikaitkan atau dipadankan dengan simbol-simbol tertentu bagi menggambarkan
bunyinya. Dalam bahasa Malaysia contohnya, bunyi /k/ seperti dalam perkataan ‘kucing’ , ‘kasut , atau ‘takut’
diwakili oleh simbol ‘k’. Bagaimanapun, di dalam bahasa Inggeris, bunyi /k/ yang sama boleh diwakili oleh simbol
‘c’, ‘k’, ‘ck’ dan ‘ch’.

Berdasarkan konsep inilah kaedah fonik gabung bunyi Bacalah Anakku dan ReadEasy disusun. Kaedah
Fonetik Bacalah Anakku mengajar bunyi paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu Baku
yang mana bunyi paling kecil ini boleh diwakili oleh simbol-simbol yang dinamakan sebagai grafem ( grapheme ).
Simbol-simbol ini terdiri daripada huruf-huruf yang kita guna sekarang.

Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bacalah Anakku) , kami memperkenalkan 3 bunyi vokal yang paling
senang disebut dahulu iaitu /a/ /i/ /u/ yang masing-masing diwakili oleh huruf ‘a’ ‘ ‘i ‘ dan u’. Apabila bunyi-bunyi
tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan. Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , ‘a’
contohnya, dia akan menyebut bunyi /a/ (aa) bukan nama huruf ‘ei’. Apabila huruf ‘b’ ( nama ‘bi’ ) diperkenalkan,
bunyi konsonan yang berkaitan yang diajar ialah /b/( beh ).  Begitulah seterusnya.

Bagaimana mereka membaca menggunakan kaedah fonik ?

            Inilah yang sering ditanyakan oleh ibu bapa dan sebahagian daripada guru-guru sekolah. Dalam kaedah
fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak akan diajar membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang
ada di dalam perkataan. Sebagai contoh , perkataan ‘ani’ dengan mudah dibaca dengan menggabungkan bunyi /a/
/n/ /i/. Tidak kiralah sama ada bunyi tersebut dalam situasi KV atau KVK atau KVKV atau KVKVKK, semua
bunyi-bunyi tersebut akan digabungkan bagi menghasilkan bunyi perkataan yang dibaca.

Sebenarnya, kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai untuk mengajar  kanak-kanak membaca
kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian-kajian yang
dibuat terutamanya oleh saintis di Yale University  , USA,  telah membuktikan  bahawa otak membaca dengan
memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf(menggabung bunyi)
yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.

Secara umumnya dengan memperkenalkan bunyi-bunyi kepada kanak-kanak , bukan nama-nama huruf
terlebih dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar membaca , dan lebih awal usia
seawal umur 3 tahun. Apatah lagi, bunyi-bunyi yang digabungkan nanti adalah logik dan memang menghasilkan
bunyi yang sepatutnya. Bayangkan jika anak menyebut /b/ /a/ tidakkah akan jadi /ba/? Jika anak menyebut nama
huruf /bi / /ei/ tidakkah akan jadi /biei/ bukan /ba/?

Apabila kami mula memperkenalkan kaedah ini kepada orang ramai, di antara tadika awal yang
menggunakannya ialah Tadika An-Najmi di Dungun. Kebetulan semasa mengendalikan kursus di sana pada satu
ketika, kami berjumpa dengan salah seorang ibu yang menghantar anak ke tadika tersebut. Menurutnya ibunya,
Puan Nik Rokiah, seorang jururawat di Dungun, anaknya , Siti Sarah Aqilah yang pada masa itu baru berusia 3
tahun 6 bulan telah dapat membaca dengan cepat dan lancar. 

Menurut ibunya lagi, Siti Sarah sebenarnya telah diajar oleh kakaknya yang pada masa itu berusia 5 tahun
yang bersekolah di Tadika An-Najmi, yang telah pandai membaca pada usia 5 tahun.  Apabila ibunya mendapati Siti
Sarah minat untuk membaca, beliau telah ke tadika untuk membeli buku Bacalah Anakku dan mengajar anaknya
membaca di rumah. Menurutnya, Siti Sarah telah dapat membaca dalam masa 9 hari sahaja dan telah diajar
sehingga buku 7 sahaja. Wow! Kami turut teruja mendengar cerita beliau. Bahkan, kami berkesempatan berjumpa
Siti Sarah ketika mereka melawat ke Kota Bharu dan menilai kemampuan membaca beliau. Siti Sarah pada usia 4
tahun 2 bulan bukan sahaja telah dapat membaca lancar tetapi juga dapat mengeja dan menulis dengan baik.

Pengedar Utama
Bacalah Anakku dan 
ReadEasy
ReadNetwork
Untitled Page