Mengajar membaca menggunakan Bacalah Anakku mau pun Readeasy secara foniks bukannya susah. Kita hanya perlu ikut langkah berikut:

1. Ajar bunyi

A. Perdengarkan bunyi. "Dengar elok-elok dan tengok mulut cikgu."
( Guru tunjuk kedudukan mulut, lidah, gigi untuk bunyi yg akan diajar. )

Sebut bunyi 5 kali, perlahan-lahan ( pastikan anda 'pause' di antara sebutan bunyi ).

Tanya pelajar "Bunyi apakah yang kamu dengar?"

Puji sekira betul. Ulang sebut sekira silap.

B. Berlatih sebut bunyi, bersama guru, di dalam kumpulan.

C. Perkenalkan teknik asosiasi

Teknik asosiasi ialah satu teknik yang menggabung satu aksi yang relevan dengan bunyi yang diajarkan. Contohnya : bunyi /b/ dikaitkan dengan aksi bermain bola keranjang sambil membunyikan bunyi 'beh' 'beh' 'beh'

( Rujuk buku panduan yang diberikan bersama buku yang diberikan dalam kursus.)

Berlatih lagi sebut bunyi melalui teknik asosiasi, secara kelas, kumpulan dan individu.

( Lihat contoh guru-guru Institut Perguruan Ipoh di http://youtu.be/zu0TIpZcKrs)

2. Ajar bentuk dan rupa huruf

D. Perkenalkan simbol menggunakan kad imbas. Gunakan huruf kecil sahaja.

( Lihat contoh guru-guru Institut Perguruan Ipoh   http://youtu.be/u31PsBvwM1U )

Ulang sebut bunyi sambil melihat simbol dan melakukan teknik asosiasi secara kelas, berkumpulan dan individu.

E. Pastikan anak anda benar-benar kenal bentuk dan rupa huruf dengan melakukan aktiviti menyentuh  huruf berpasir sambil menyebut bunyi atau membentuk huruf denga plastisin atau menulis huruf menggunakan cat air dengan jari dan sebagainya.



3. Ajar GB untuk membaca

Ajar anak menggabung bunyi menggunakan kad-kad huruf. Lihat panduan berikut:

http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/12/mengajar-gabung-bunyi.html

F. Guru tunjuk cara gabung bunyi.

http://youtu.be/jnaLai_AwMs
http://youtu.be/wyJRPQPaHcY

G. Aktiviti praktikal gabung bungyi

-   Lihat dan buat

-   Dengar dan buat                  http://youtu.be/8mGo4w9Liwk


4. Ajar mengeja ala fonik ( peringkat awal ).

Untuk memantapkan kebolehan menggabung bunyi, perkataan yang telah dibaca boleh digabung bunyi untuk dieja secara fonik. Lihat caranya di link di bawah ini :

http://cepatmembaca.blogspot.com/2013/11/suka-suka-fonik-7-fun-phonics-7.html

5.  Menulis ( menekap / menyalin / imlak )

Aktiviti penulisan berkaitan dengan apa yang dipelajari. Sekiranya baru belajar bunyi, pelajar akan tulis simbol sahaja. Sekira sedang mempelajari gabung bunyi suku kata terbuka, ajar pelajar menulis suku kata tersebut. Sekiranya sedang mempelajari perkataan, frasa dan ayat, ajar pelajar menulis perkataan, frasa dan ayat tersebut.


Panduan Asas Mengajar Membaca
Pengedar Utama
Bacalah Anakku dan 
ReadEasy
ReadNetwork
Untitled Page