Perhatian : Sila maklum bahawa panduan ini adalah hak intelektual terpelihara Readnetwork. Tidak dibenarkan disalin semula dalam apa jua bentuk sekali pun. Hanya untuk rujukan guru SYHHB sahaja dan diaplikasikan di dalam bilik darjah sahaja. Terima kasih atas kerjasama.
Pendekatan mengajar
- Ajar mengikut susunan buku Bacalah Anakku & Readeasy berdasarkan modul
- Ajar bunyi dahulu, bukan nama huruf.
- Jangan campur aduk nama dan bunyi huruf, hanya bunyi
- Ajar anak membaca dengan menggabung bunyi bukan dengan
mengeja atau menghafal suku kata. - Ajar nama huruf setelah anak lancar membaca ( jika ada masa )
- Ajar mengeja ala fonik dan menulis sambil mengajar membaca.
Strategi mengajar
- Perkenalkan bunyi
- Kaitkan bunyi dengan satu aksi asosiasi
- Perkenalkan simbol berkaitan menggunakan kad imbasan
- Kukuhkan ingatan kepada bunyi dan simbol melalui latihan asosiasi
- Kukuhkan ingatan kepada rupa dan bentuk huruf melalui aktiviti sensori
- Semak kemahiran bunyi-simbol menggunakan kad dahulu diikuti huruf dalam buku
- Latih gabung bunyi secara lisan sebelum menunjukkan konsep gabung bunyi menggunakan kad huruf
- Buat aktiviti gabung bunyi secara praktikal
- Semak bacaan menggunakan kad dahulu diikuti teks dalam buku
- Buat manipulasi huruf untuk mengelakkan hafalan
- Buat aktiviti rantaian bunyi untuk kelancaran
Langkah/Aktiviti mengajar
1. Perkenalkan bunyi sahaja dahulu
- Dapatkan perhatian pelajar
- Perdengarkan bunyi dengan menyebutnya 5 kali
- Tanya pelajar bunyi apa yang dia dengar
- Puji pelajar jika betul dan ulang sebut bunyi itu
- Kaitkan bunyi dengan aksi asosiasi
- Guru tunjuk / demo aksi
- Guru buat aksi dengan pelajar bersama-sama
- Perkenalkan simbol berkaitan, gunakan kad huruf yang besar
- Buat satu aktiviti latihan asosiasi berkaitan – pastikan pelajar sebut bunyi sambil buat aksi dan lihat simbol / huruf yang berkaitan
- Tunjukkan simbol/huruf yang sama di dalam buku
2. Kenal rupa dan bentuk huruf
- Tunjukkan simbol/huruf menggunakan kad imbasan
- Sentuh kad huruf berpasir – cara huruf ditulis , guna jari telunjuk , sentuh dahulu baru sebut bunyi
- Main plastisin untuk membentuk huruf – guna templet huruf untuk bantu mereka membentuk huruf – ikut cara huruf ditulis
- Menulis menggunakan jari melalui aktiviti ‘finger painting’
- Buat aktiviti sensori yang sesuai untuk pengukuhan
3. ajar gabung bunyi
- Gabung bunyi lisan dahulu melalui aksi pergerakan seperti karate-chop
(Contoh buku 1 : na , ni , ba , bi , bu) a. guru sebut bunyi dan gabung bunyi. minta pelajar ikut sebut bunyi dan gabung bersama guru sambil memberi peluang pelajar menggabung sendiri
- Tunjuk konsep gabung bunyi guna kad huruf
a. Guru demo – sebut bunyi dan gabungkan bunyib. Pelajar ikut sebut bersama guru sambil gabung bunyi – beri peluang pelajar gabung bunyi akhirc. Pelajar sahaja gabung bunyi , guru hanya gerakkan kad
- Buat Aktiviti ‘Lihat dan Buat’ – guna carta poket
a. berikan satu set kad huruf ( contoh n,a,i,u) dan carta poket kepada setiap pelajarb. latih mereka gabung kad huruf membina suku kata – dengan melihat contoh guruc. latih mereka gabung bunyi untuk membaca – dengan bimbingan guru d. ulang latihan yang sama – gabung bunyi – dengan aktiviti yang berlainan
- Buat aktiviti ‘Dengar dan Buat’
a. Masih menggunakan carta poket dan set kad huruf seperti perkara 3 di atas , kecuali guru hanya menyebut sukukata sahaja tanpa menunjukkan kad huruf
b. pelajar perlu dengar gabungan dan memasukkan kad konsonan dan vokal yang betul ke dalam carta poketc. baca suku kata tersebut
- Buat aktiviti ‘Eja dan Tulis’ ( secara tidak langsung )
a. Eja gabungan bunyib. Tulis gabungan bunyi
Konsep Gabung Bunyi ( Synthetic Phonics )
Guru diminta memahami konsep ini supaya pengajaran membaca akan menjadi lebih lancar dan berkesan.
- Dalam kaedah fonik, murid membaca dengan menggabung bunyi bukannya mengeja-eja bunyi dan bukannya menghafal bunyi suku kata.
- Gabung bunyi adalah kemahiran kognitif dan berlaku di dalam otak.
- Objektif pengajaran ialah apabila murid melihat huruf / simbol , otaknya akan menyebut bunyi tersebut dan akan cuba menggabung bunyi tersebut di dalam otaknya , lalu mulutnya mengeluarkan bunyi hasil gabungan tersebut.
- Aktiviti gabung bunyi secara lisan adalah langkah pertama yang perlu dibuat dengan murid sebelum guru menunjukkan aktiviti gabung bunyi menggunakan kad-kad huruf.
- Pada peringkat awal benarkan murid menyebut dahulu bunyi sebelum menggabungnya, TETAPI guru sentiasa memintanya MEMBACA TERUS dengan menyebut gabungan itu supaya murid tidak berterusan menyebut bunyi supaya tidak jadi mengeja bunyi pula.
- Sentiasa guna jari yang dilancarkan ( slide ) di bawah teks bacaan untuk menunjukkan cara membaca dengan menggabung bunyi
- Bagi murid-murid yang telah diajar nama huruf ( ei bi si) ada kecenderungan untuk menyebut nama huruf ( bi ) (ei) bila membaca ‘ba’.. galakkan mereka menyebut bunyi ( /b/ /a/ ) sahaja …
- Cuba ajarkan logik /b/ kawan /a/ jadi /ba/ ( kalau bi + ei jadi biei – tak bermakna )
Kata / Ayat Kunci ( Key words/sentences)
Berikut adalah perkataan / skrip yang guru fonik patut guna dalam Pdp
Bila nak perkenalkan bunyi : ” Hari ini cikgu nak ajar satu bunyi ” atau “Nak dengar bunyi baru tak?” , “Sebut bunyi /a/ ( contoh)”
Bila tanya murid : “Bunyi apa yang awak dengar?”, “Sebut bunyi….” , “Cari bunyi …”, “Mana /a/ (contoh)” ,
Bila perkenalkan asosiasi : “Bunyi /a/ (contoh ) macam orang menjerit bila kena panas”
Bila suruh tulis : “Tulis bunyi ….” atau “Tulis /a/” , “Bunyi apa yang awak tulis…”
Bila ajar gabung bunyi : “Hari ini /b/ nak kawan dengan /a/….” “Kawankan /b/ dengan /a/”
Bila ajar membaca : “Cuba baca..” “Baca terus “
Petunjuk kod bunyi
Kod bunyi yang disusun ini adalah berdasarkan yang biasa digunakan dalam Bahasa Melayu. Oleh sebab bunyi dalam bahasa Melayu biasanya diwakili oleh satu simbol sahaja, simbol abjad yang sama digunakan kecuali bagi beberapa bunyi yang berbeza.
( Draf ) Untuk dengar bunyi sebenar sila klik button di bawah ini
Simbol Fonetik | Sebutan | Huruf. / Simbol | Simbol Fonetik | Sebutan | Huruf. / Simbol |
Konsonan | |||||
/b/ | beh * | b | /w/ | weh | w |
/ch/ | ceh | c | /y/ | yeh | y |
/d/ | deh | d | /z/ | zeh | z |
/f/ | feh | f | Vokal | contoh perkataan | |
/g/ | geh | g | /a/ | ani | a |
/h/ | heh | h | /i/ | ini | i |
/j/ | jeh | j | /u/ | ubi | u |
/k/ | keh | k | /e/ | ekor | e |
/l/ | el *** | l | /e/ | emak | e |
/m/ | em *** | m | /o/ | otak | o |
/n/ | en *** | p | |||
/q/ | dalam tekak | q | Diagraf | ||
/r/ | rr | r | sayang | ng | |
/s/ | ss | s | syabas | sy | |
/t/ | teh | t | khamis | kh | |
/v/ | veh | v | nyanyi | ny |
Nota :
* – kecilkan bunyi /h/ di belakang
*** – jangan bunyikan e pepet /e/ ( contoh : bukan ‘el’ tapi ‘l’ saja ) Rujuk link bunyi di atas untuk dengar cara yang betul menyebutnya