Syarat dan Peraturan Kursus Intensif

  1. Kursus ini akan diadakan secara online – melalui Zoom
  2. Link kursus akan diberikan melalui mesej Whatsapp ataupun email selewat-lewatnya sehari sebelum kursus
  3. Hanya penyertaan penuh sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
  4. Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
  5. Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda.
  6. Sekiranya berminat untuk membuka kelas membaca dengan menghadiri kursus ini , peserta hendaklah memohon dahulu untuk menjadi pemegang lisensing phonicsmart daripada Readnetwork.
  7. Kegagalan menghadiri atau menamatkan kursus ini atas sebab yang berpunca daripada peserta tidak boleh diganti kepada tarikh lain dan tiada bayaran gantirugi diberikan
  8. Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
  9. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.
  10. Peserta akan diberikan bayaran balik penuh jika tidak bersetuju dengan syarat-syarat ini