Intensif Bacalah Anakku

Bersama Guru-Guru Tadika Sekolah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Info pendaftaran kursus

Kursus Intensif Bacalah Anakku

Tarikh : 5 dan 6 Sept 2023

Masa : 2 ptg – 4.30 ptg ( waktu Brunei )

Melalui platform Zoom

Pendaftaran boleh dibuat melalui link di bawah. Selepas mendaftar anda akan diberikan email yang mengandungi link zoom untuk mengikuti kursus ini. Sila pusing telefon melintang jika tidak dapat klik link.

https://us06web.zoom.us/meeting/register/tZwvdO2rrjIsEtEu9GzMUva-I5eyeLghmin6

Sila baca juga syarat mengikuti kursus di bawah ini.

  1. Hanya penyertaan penuh dan ON video sahaja yang akan diberikan sijil penyertaan.
  2. Ilmu dan idea daripada kursus ini diizinkan untuk mengajar anak sendiri di rumah ataupun pelajar yang berdaftar di institusi tadika/sekolah tempat kerja peserta sahaja.
  3. Kursus ini bukan lesen untuk membuka kelas membaca untuk pelajar lain yang bukan berdaftar di tadika / sekolah anda. Layari www.phonicsmart.com.my untuk maklumat lanjut.
  4. Sila log in 15 – 30 minit lebih awal untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal
  5. Hanya peserta yang namanya didaftarkan sahaja yang berhak mengikuti kursus ini.
  6. Tidak dibenarkan sebarang rakaman dibuat mengenai kursus ini dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa kebenaran bertulis.

Persediaan Untuk Kursus

Sediakan : 1 marker pen, 5 helai kertas A4, 4 keping kertas lukisan/kad putih yang telah dipotong bersaiz 5 x 3 inci, sekeping kad manila untuk buat carta poket. Lihat cara buat di sini.

Muat turun fail handout melalui link di bawah

Kandungan Kursus

Sesi 1 ( 5 Sept )

1.30 petang Pendaftaran masuk – Check In / Log in
2.00 – 2.50Kursus bermula – Mengenai kaedah fonik gabung-bunyi
3.00 – 3.50Latihan sebut bunyi dan asosiasi
4.00 – 4.30Latihan praktikal teknik mengajar bunyi
4.30 tamat

Sesi 2 ( 6 Sept )

1.30 petang Pendaftaran masuk – Check In / Log in
2.00 – 2.20 ptgTeknik mengajar simbol / huruf
2.30 – 3.20Teknik gabung bunyi
3.30 – 4.00Teknik mengajar mengeja dan menulis
4.10Panduan pelaksanaan & Soal Jawab
4.30 Tamat

( Rehat 10 di antara sesi )

Panduan Menggunakan Zoom

Ada soalan mengenai link atau kursus sila whatsapp Admin melalui link di bawah

https://wa.me/60126452276