Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H
Wednesday, 08 September 2010 10:42
amz
| Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1431H, kami warga kerja ReadNetwork mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Pejabat urusan ReadNetwork akan ditutup mulai 9 September 2010 dan akan beroperasi semula pada 14 September 2010. | | | |
Last Updated ( Wednesday, 08 September 2010 11:21 )
|
Kursus Asas Perdana Bacalah Anakku & ReadEasy
Tuesday, 13 July 2010 12:39
amz
| Daftar segera, tempat terhad!Kursus Asas Perdana Bacalah Anakku dan ReadEasy akan berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada 17 Julai 2010 dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari untuk Bacalah Anakku dan dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang untuk ReadEasy. Terbuka kepada guru-guru dan ibu bapa yang berminat untuk menghadiri kursus tersebut, tempat adalah terhad. Sila bertindak dengan kadar segera. Jualan buku-buku dan produk-produk ReadNetwork akan diadakan dengan harga promosi. Para guru dan ibu bapa yang tidak berpeluang mengikuti kursus juga boleh membeli produk-produk kami di sana dengan harga promosi. Klik sini untuk borang penyertaan. | | | |
Last Updated ( Tuesday, 13 July 2010 16:07 )
Pertandingan Membaca di Pesta Buku Selangor 2010
Wednesday, 07 July 2010 11:02
amz
| | Shah Alam 26 Jun 2010 – Sempena PBS’10, ReadNetwork telah menganjurkan Pertandingan Membaca di Pentas Utama ruang legar Kompleks PKNS Shah Alam. Seramai 15 orang peserta bagi Kategori Bahasa Malaysia dan 15 orang peserta bagi Kategori Bahasa Inggeris telah menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta berkenaan mewakili Tadika-tadika yang terpilih dan telah menggunakan Bacalah Anakku dan ReadEasy sejak sekian lama. ReadNetwork telah menjemput khas Puan Aziah Maat dari Tadika Al-Raudhah untuk menjadi hakim pertandingan. Pertandingan ini telah menarik perhatian pengunjung PBS’10 yang terpegun melihat kelancaran peserta seawal usia 4 tahun membaca teks bacaan yang diberikan. |  |
Last Updated ( Tuesday, 13 July 2010 15:45 )
Read more...
Dapatkan Buku-buku ReadNetwork di Pasir Gudang
Wednesday, 16 June 2010 16:29
amz
| Lawati Pustaka Arris sempena Majlis Pengisytiharan Majlis Perbandaran Pasir Gudang di Booth 1 - 6 Majlis Perbandaran Pasir Gudang akan mengadakan pengisytiharannya pada 30 Jun 2010. Bersempena dengan itu, pelbagai acara telah dirancangkan seperti Program Sukan, Persembahan Layang-layang, Persembahan Kebudayaan, Pameran Lanskap, Persembahan Payung Terjun, Pameran dan Jualan buku, Pameran dan Jualan komputer, Produk Batik dan barangan IKS bermula 26 Jun hingga 4 Julai. Buku-buku ReadNetwork boleh didapati di booth Pustaka Arris (1 - 6). Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun, sila hubungi: Pustaka Arris H/P: 013-794 0135/019-711 1690 Tel: 07-255 1420 Klik sini untuk ke laman web rasmi Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
| | | |
Last Updated ( Friday, 18 June 2010 11:56 )
Baru! Akan Terbit 21 Mei 2010
Friday, 14 May 2010 17:24
amz
 | Pelekat Abu Ada Ayam dan Cory Cat Terimakasih di atas sokongan berterusan anda terhadap produk pendidikan berkualiti ReadNetwork. Pada bulan Mei ini ada beberapa produk baru akan terbit bagi membantu pengajaran ibu bapa di rumah dan juga guru-guru di tadika. Pastinya produk ini juga dapat menarik minat kanak-kanak! Pelekat Abu Ada Ayam dan Sticker Cory Cat, dua produk dalam bentuk pelekat yang akan terbit pada 21 Mei 2010. Pelekat ini sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada pelajar yang telah dapat menguasai sesuatu bunyi. Boleh juga diberikan sebagai hadiah apabila mereka telah dapat menyanyi lagu bagi bunyi berkenaan dengan baik. Lekatkan saja pada buku mereka. Pasti mereka seronok! Harganya Cuma RM3.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM4 bagi Sabah dan Sarawak. Murahkan? Hubungi kami segera untuk tempahan. | | | |
Last Updated ( Wednesday, 26 May 2010 15:16 )
Dapatkan Buku-Buku ReadNetwork di Pesta Buku Perlis 2010
Tuesday, 20 April 2010 12:46
amz
| Lawati IQRA' BOOKS di Pesta Buku Perlis 2010 di Booth 43, 44 dan 45 Pesta Buku Negeri Perlis yang kelapan ini dijalankan bersempena 10 Tahun Pemerintahan DYMM Tuanku Raja Perlis. Pesta ini berlangsung dari 21 April hingga 27 April 2010. Bertempat di Dewan Wawasan 2020, Kangar. Bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Buku-buku ReadNetwork boleh didapati di booth IQRA' BOOKS (43, 44 & 45). Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran diskaun, sila hubungi: En Wan Saifuddin Wan Muda H/P: 012-536 6879 Tel: 04-986 7137 Klik sini untuk ke laman web rasmi Pesta Buku Negeri Perlis.
| | | |
ReadNetwork di Pesta Buku Antarabangsa 2010
Monday, 22 February 2010 09:38
safa
 
Pada tahun ini, kami sekali lagi mengadakan jualan pada 19-28 Mac 2010 di Pesta Buku Antarabangsa 2010, Pusat Dagangan Antarabangsa Kuala Lumpur. Sila lawati kami di booth C07-C08 di Legar Putra iaitu berhampiran selepas pintu masuk utama PWTC. Sila print peta lokasi di sini.
Last Updated ( Monday, 22 February 2010 11:00 )
|
|
|
|
|
Page 1 of 3 |