Tip-tip mengenai pendidikan awal anak-anak. Semoga tip-tip ini boleh membantu anda semua mendidik anak-anak dengan lebih berjaya.
|
Ajar Anak Anda Membaca - Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik (Bahagian 1)
Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy | | | Sudahkah anda bersedia untuk belajar membaca? Sebagaimana yang dijelaskan pada isu lepas, anak-anak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun. Bagaimanapun, apakah kaedah yang sesuai dengan anak-anak anda? Kaedah mengeja? Jangan. Kaedah suku kata? Tidak juga. Gunakanlah kaedah fonetik. Mengapa? Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori. |  |
Read more...
|
Teknik Didik Anak Membaca
Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy | | | Bolehkah anak berusia 15 bulan membaca? Apa pandangan anda? Mustahil bukan? Tetapi pada usia inilah anak anda perlu dilatih untuk mula mempunyai minat untuk membaca supaya pada usia 3 tahun nanti mereka bersedia untuk membaca. Pada mulanya anak-anak kecil ini lebih berminat dengan warna buku, pergerakan kertas yang diselak, bunyi bising kertas dan suara lucu anda. Bagaimanapun, sambil anda bercakap dan membaca, mereka akan melihat pergerakan jari telunjuk anda dan mula melihat warna, bentuk dan corak gambar dan teks yang dibacakan.
|  |
Read more...
Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy | | | Kepentingan membaca awal “Budak 4 tahun boleh membaca? Hairan. Macamana pulak tu?” Itulah yang ibu saya katakan apabila membaca akhbar pada tahun 70-an dahulu yang telah menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak lelaki telah dapat membaca surat khabar pada usia 4 tahun. Heboh juga satu negara dibuatnya sambil berbangga dengan pencapaiannya. Saya masih teringat lagi pada masa itu saya baru bersekolah dan baru pandai sikit-sikit mengeja apabila membaca. Dapat membaca awal pada usia yang muda pada masa itu masih ‘taboo’ dalam masyarakat kita. Sehingga 30 tahun kemudiannya, keinginan untuk melihat anak-anak dapat membaca sebelum bersekolah rendah masih tersangat kurang. Takut nanti bila bersekolah tak nak belajarlah, boringlah, sebab dah pandai dan macam-macam alasan lain. |  |
Read more...
|
|
|
|
|
|
|