HOME BUKU BERKESAN KAEDAH PENULIS

Siri Cepat Membaca
Bacalah Anakku

Siri cepat membaca yang terbukti berkesan sejak 1996

Siri ini telah banyak membantu kanak-kanak membaca seawal usia 3-4 tahun membaca dengan cepat dan lancar dalam Bahasa Melayu ( Bahasa Malaysia ) dalam masa 3 bulan ataupun di antara 18 - 24 jam belajar. Disusun berdasarkan kaedah fonik, siri ini sesuai untuk kanak-kanak prasekolah, murid sekolah rendah, murid pemulihan dan kanak-kanak special seperti autistik dan disleksia.

Mengapa Bacalah Anakku sangat berkesan

Beginner

Disusun secara sistematik berdasarkan kaedah fonik gabung bunyi

Mengandungi 8 buah buku yang sangat berkesan dengan ciri-ciri berikut.

  • 1. Bunyi-bunyi awal dalam bahasa Melayu
  • 2. Bunyi vokal yang paling kerap digunakan.
  • 3. Frasa dan Teks yang berima dan bermakna.
  • 4. Dua warna yang terang dan saiz teks yang jelas
  • 5. Kemahiran diajar secara berperingkat
  • 6. Perkataan diulang dalam peringkat berikutnya.

Ke atas

Fonik Gabung Bunyi

Paling sesuai untuk kanak-kanak sehingga dewasa.

Dalam kaedah fonik, kanak-kanak akan diajar bunyi-bunyi dalam bahasa pertuturan yang boleh dikaitkan dengan simbol atau huruf-huruf yang ada dalam sistem abjad. Contohnya bunyi /a/ akan dikaitkan dengan huruf 'a' dan bunyi /b/ dikaitkan dengan huruf 'b'.


Melalui kaedah gabung bunyi , kanak-kanak akan diajar untuk menggabung bunyi untuk membina perkataan. Bermula dengan menggabung 2 bunyi untuk membaca sukukata kepada menggabung 4 bunyi untuk membaca perkataan 2 sukukata dan seterusnya membaca perkataan yang panjang, kanak-kanak dapat membaca dengan lancar. Melalui kaedah ini kanak-kanak tidak perlu menghafal ejaan dan sebutan pola-pola suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan. Hanya dengan menggabung bunyi mereka dapat membaca dengan mudah.

Info Lanjut

Keistimewaan Kaedah Fonik

Membaca seawal usia 3 tahun!

  • Selari dengan fitrah kanak-kanak berbahasa dan hasil kajian saintifik kontemporari
  • Boleh diajar kepada kanak-kanak seawal 3 tahun ++
  • Tidak membebankan memori
  • Boleh dikuasai secepat 2 minggu atau 1 bulan ( bagi kanak-kanak 5-6 tahun)
  • Membaca perkataan panjang dengan lancar
  • Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris
  • Ke Atas

    Penulis Buku

    Beginner

    NIK ELIANI NIK NAWI

    Penulis Bersama Bacalah Anakku & Readeasy

    Bekas guru bahasa Inggeris di sekolah menengah kebangsaan selama 5 tahun . Pernah dilantik sebagai konsultan fonik penulisan buku teks English Year 1 dan Year 2 yang digunapakai oleh KPM dari tahun 2011-2016, berpengalaman mengendalikan kursus membaca kepada ibu bapa , guru dan pendidik semenjak 1997 sehingga sekarang.

    Intermediate

    OTHMAN AHAMAD

    Penulis Bersama Bacalah Anakku & Readeasy

    Bekas guru bahasa Inggeris di sekolah menengah kebangsaan selama 5 tahun . Pernah dilantik sebagai konsultan fonik penulisan buku teks English Year 1 dan Year 2 yang digunapakai oleh KPM dari tahun 2011-2016, berpengalaman mengendalikan kursus membaca dan pendidikan awal kepada ibu bapa , guru dan pendidik semenjak 1997 sehingga sekarang dan mengurus dan mengoperasi tadika taska di Kelantan, Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor.

    To the top


    Kursus Asas Untuk Ibu Bapa

    Kursus Intensif untuk Guru-Guru

    Bengkel Permainan Kreatif

    To the top