Menu
Lights

Kenali Fonik Gabung-Bunyi
Bacalah Anakku
bersama Cikgu Nik Eliani

Kenali Fonik Gabung-Bunyi
Bacalah Anakku
bersama Cikgu Nik Eliani

Kenali Fonik Gabung-Bunyi
Bacalah Anakku
bersama Cikgu Nik Eliani

Penulis Bersama Bacalah Anakku & ReadEasy

Penulis Bersama Bacalah Anakku & ReadEasy

Apa itu 'fonik' ?

Perkataan Fonetik berasal daripada perkataan Inggeris 'Phonetics' yang bermaksud 'the study of speech sounds and how they are produced' (Oxford Advanced Learners Dictionary). Kini perkataan fonetik lebih kerap disebut sebagai fonik sahaja. Tapi dalam bhasa Inggeris, phonics bermaksud kaedah mengajar membaca berdasarkan fonetik. Fonik dalam bahasa Malaysia yang mudah ialah bunyi.

Dalam kaedah fonik , kanak-kanak belajar membaca dengan cara belajar mengenali bunyi.

Bunyi apa tu ? Itulah bunyi dalam bahasa pertuturan.

Sebenarnya dalam setiap patah perkataan yang kita pertuturkan setiap hari terdapat bunyi-bunyi yang disebut dengan cepat. Contohnya apabila kita menyebut perkataan 'ani', kita sebenarnya menyebutkan bunyi /a/ /n/ /i/ dengan cepat.

Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain di dunia, contohnya bahasa Inggeris, perkataan 'cat' terdiri daripada gabungan bunyi /k/ /a/ /t/. Bunyi-bunyi inilah yang dinamakan sebagai 'bunyi dalam bahasa pertuturan' ataupun 'Speech Sounds' dalam bahasa Inggeris.

Perkataan yang terungkap semasa kita bertutur itu sebenarnya adalah gabungan bunyi-bunyi bahasa pertuturan ini ( speech sounds ) yang terdapat di dalam perkataan tersebut.

Top

Bukan bunyi huruf ?

Ya, bukan bunyi huruf kerana huruf tidak ada bunyi. Huruf hanya ada nama. Contohnya huruf 'a' namanya 'ei', huruf 'b' namanya 'bi'. Huruf-huruf ini hanya mewakili bunyi-bunyi yang diajar.

Dalam kaedah fonik, bunyi /a/ akan diwakili oleh huruf 'a' ( ei ), bunyi /b/ (beh) boleh diwakili oleh huruf 'b' ( bi). Ada juga bunyi yang tidak dapat diwakili oleh satu huruf/simbol tetapi oleh 2 simbol seperti bunyi /n/ yang diwakili oleh ejaan 'ng' sebagaimana dalam perkataan 'abang.'

Top

Bagaimana anak membaca

Inilah yang sering ditanyakan oleh ibu bapa dan sebahagian daripada guru-guru sekolah. Dalam kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak akan diajar membaca dengan menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan.

Sebagai contoh , perkataan 'ani' dengan mudah dibaca dengan menggabungkan bunyi /a/ /n/ /i/. Tidak kiralah sama ada bunyi tersebut dalam situasi VKV, KVKV, KVK, atau KVKVKK, semua bunyi-bunyi tersebut akan digabungkan bagi menghasilkan bunyi perkataan yang dibaca..

Sebenarnya, kaedah menggabung bunyi ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian-kajian yang dibuat mengenaimya, terutamanya oleh saintis di Yale University , USA , telah membuktikan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf sambil menggabungnya supaya menjadi sebutan perkataan yang dibacanya..

Top

Apakah pendekatan mengajar menggunakan kaedah fonik

Pendekatan kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku ialah pertama mengajar bunyi yang paling kecil (fonem) di dalam bahasa pertuturan Bahasa Melayu yang baku bukannya nama-nama huruf seperti ABC.

Kemudian , bunyi-bunyi yang paling kecil ini boleh akan dikaitkan dengan simbol-simbol atau huruf abjad yang kita guna sekarang..

Dalam Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bacalah Anakku) , kami memperkenalkan 3 bunyi vokal yang paling senang disebut dahulu iaitu /a/ /i/ /u/ yang masing-masing diwakili oleh huruf 'a' ' 'i ' dan u'.

Apabila bunyi-bunyi tersebut diajar, simbol yang berkaitan akan ditunjukkan. Oleh itu setiap kali anak anda melihat simbol , 'a' contohnya, dia akan menyebut bunyi /a/ (aa) bukan nama huruf 'ei'. Apabila huruf 'b' ( nama 'bi' ) diperkenalkan, bunyi konsonan yang berkaitan yang diajar ialah /b/( beh ). Begitulah seterusnya..

Untuk membaca pula , dalam kaedah fonik gabung-bunyi Bacalah Anakku, kanak-kanak akan diajar untuk menggabungkan bunyi-bunyi yang ada di dalam perkataan.

Sebagai contoh , sekiranya mereka melihat perkataan 'ani' mereka akan diajar agar dapat menggabungkan bunyi /a/ /n/ /i/. Tidak kiralah sama ada bunyi tersebut dalam situasi VKV, KVKV, KVK, atau KVKVKK, semua bunyi-bunyi tersebut akan digabungkan bagi menghasilkan bunyi perkataan yang dibaca.

Top

Kebaikan kaedah fonik - 1

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

1. Mengikut Tabii

Sebenarnya kanak-kanak pada ketika kecil akan mula menyebut bunyi-bunyi tertentu seawal usia 4 bulan, contohnya, /bbbbb/ /mmmm/ /aaaaaa/ /uuuuu/ secara individu.

Apabila usia mereka mula memasuki 8 bulan, mereka akan mula menggabungkan bunyi-bunyi tersebut, contohnya /mmm/ dengan /aaa/ lalu menjadi /ma/. Dalam kaedah fonik , konsep bunyi dan gabung-bunyi inilah yang kami ajarkan. Lojik, dan mengikut tabii.

Secara umumnya dengan memperkenalkan bunyi-bunyi kepada kanak-kanak , bukan nama-nama huruf terlebih dahulu, kanak-kanak akan dapat membaca dengan lebih cepat, lebih lancar , dan lebih awal usia , seawal umur 3 tahun.

Hal ini demikian kerana, bunyi-bunyi yang digabungkan adalah sangat logik dan memang menghasilkan bunyi yang sepatutnya.

Bayangkan jika anak menyebut /b/ /a/ tidakkah akan jadi /ba/? Jika anak menyebut nama huruf /bi / /ei/, tidakkah akan jadi /biei/ bukan /ba/?Melalui gabungan bunyi mereka terus dapat membaca dengan cepat dan lancar tanpa perlu mengeja-eja, menghafal-hafal suku kata ataupun menghafal nama-nama huruf A-Z..

Top

Kebaikan kaedah fonik - 2

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

2. Mudah

Dengan mengajar bunyi sahaja, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi dan simbol yang ada dalam bahasa pertuturan sahaja.

Dalam bahasa Malaysia hanya terdapat 26 bunyi yang penting sahaja. Dengan bunyi-bunyi ini mereka dapat membaca 'sejuta' perkataan melalui kaedah gabung bunyi.

Bahkan kaedah ini lebih sesuai untuk anak-anak kecil membaca kerana mereka tidak perlu menghafal ratusan pola dan ejaan sepertimana dalam kaedah mengeja atau sukukata yang banyak dan mengelirukan.

Top

Kebaikan kaedah fonik - 3

Melalui kaedah fonik, ramai kanak-kanak telah dapat membaca dengan cepat dan lancar pada usia seawal 3 tahun dan dalam masa seawal 2 minggu hingga 3 bulan sahaja. Mengapa begitu mudah?

3. Sesuai untuk membaca bahasa Inggeris

Oleh sebab perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris pada asasnya terbina di atas dasar bunyi-bunyi yang digabungkan maka sayugialah kaedah ini serasi untuk kedua-dua bahasa.

Lebih-lebih lagi, terdapat 21 simbol yang diajar di dalam bahasa Malaysia adalah sama sahaja bunyinya di dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung mereka dengan mudah dapat membaca perkataan Inggeris menggunakan kaedah gabung bunyi ini.

Dengan program fonik bahasa Inggeris kami, ReadEasy, kanak-kanak dapat membaca dengan senang.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (1)

Ada yang keliru kenapa tak perlu ajar ABC ?

Ya memang benar. Dalam kaedah fonik, kanak-kanak hanya perlu tahu bunyi sebab bunyi itu lah yang membantu kanak-kanak membunyikan perkataan.

Jika ABC diajar juga , usaha ini akan mengelirukan kanak-kanak kerana satu bermakna ( bunyi ) tetapi satu lagi tidak bermakna ( nama huruf ).

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (2)

Ada yang keliru bila pulak nak ajar ABC ( nama huruf ) ?

Selepas mereka telah dapat membaca nanti. ABC boleh diajar sambil menyanyi secara tidak langsung hanya untuk mereka kenal nama-nama huruf. Tapi pada masa ini mereka akan membaca dengan kaedah bunyi.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (3)

Boleh ajar nama huruf dan bunyi sekaligus ?

Dalam kaedah fonik hanya bunyi yang bermakna dan harus dikuasai oleh kanak-kanak. Nama huruf tidak berguna , oleh itu tidak perlu diajar walaupun kanak-kanak itu sudah tahu nama huruf tersebut. Hanya ajar bunyi sahaja supaya apabila mereka lihat simbol atau huruf, hanya bunyi yang akan ada dalam ingatan mereka.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (4)

Ada yang keliru bagaimana hendak membaca kalau tidak disebut ejaannya ?

Apabila kanak-kanak membunyikan bunyi huruf yang ada pada sesuatu perkataan, secara tidak langsung perkataan itu disebut. Cuba gabungkan bunyi 'm' dan 'a'. Tidakkah ia akan menjadi 'ma'? Jika nama huruf 'em' [ m ] disebut bersama 'ei' [a] ia akan jadi 'emei' bukannya 'ma'. Logik . Jadi dengan menyebut bunyi kanak-kanak terus membaca.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (5)

Bagaimana nanti jika mereka bersekolah rendah ?

Ya ,memang malang sebab di sekolah rendah masih menggunakan kaedah mengeja. Bagaimanapun, jika anak anda telah dapat membaca lancar, jika mereka diminta mengeja pun mereka tahu bahawa 'm' 'a' ialah 'ma' .

Mereka tak perlu hafal-hafal lagi. Jika mereka telah diajar nama huruf nanti mereka boleh mengeja seperti orang dewasa. Tetapi baik juga jika ibu bapa memaklumkan kepada guru kelas bahawa anak tuan/puan telah dapat membaca menggunakan kaedah fonik.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (6)

Anak telah tahu bunyi tetapi tidak dapat menggabung bunyi ?

Perlu latihan gabung bunyi secara hands-on. Kadang-kadang mereka perlu ikut dulu cara menyebut gabungan bunyi yang diajar atau ada kanak-kanak perlu menyebut bunyi satu persatu sebelum menggabung bunyi.

Melalui latihan mereka akan menjadi lebih matang dalam masa yang singkat . Apabila mereka dapat menggabung bunyi, mereka akan gabung semua bunyi yang dipelajari.

Top

Kekeliruan mengenai kaedah fonik (7)

Bolehkah mereka menulis ?

Sudah tentu. Anak yang dapat membaca biasakan mereka telah mengecam bunyi dan simbol yang digunakan. Dengan pengetahuan itu, mereka dapat menulis huruf yang mewakili bunyi yang hendak dituliskan.

Secara tidak langsung mereka akan menulis perkataan tersebut. Dengan sedikit bimbingan mereka dapat menulis karangan nanti.

Top